.. ..

 

 

------------------
Pengenalan
Konsep
Objektif
Aktiviti
Organisasi
Segmen Info
Maklumbalas
Uni. Malaya
MPMUM
Credits
Penaja
Perodua
KarangKraf
Utusan
------------------
.
  KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH EKSEKUTIF EKSKUM 2001

Ekspo Konvokesyen Universiti Malaya (EKSKUM) yang sememangnya dinantikan oleh semua pihak akan menjelma tidak lama lagi. Ia merupakan projek tahunan terbesar Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di universiti perdana ini. Projek terulung ini dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (HEP) akan dilangsungkan pada 4 Ogos hingga 12 Ogos 2001 serta dikendalikan oleh mahasiswa sepenuhnya. Bersesuaian dengan konsep dan matlamatnya, EKSKUM 2001 pada kali ini telah memilih "Mendukung Tradisi Ilmu dan Budaya" sebagai temanya. Perjalanan EKSKUM 2001 sedang rancak dirancang dan dilaksanakan di bawah pimpinan saudara Mohd Zulkifli b. Omar selaku Ketua Eksekutif bagi mencapai matlamat projek ini sepertimana yang telah digariskan.

Duli Yang Maha Mulia paduka seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Shah iaitu Tuanku Canselor Universiti Malaya secara tradisinya merupakan Penaung Diraja kepada Ekspo Konvokesyen Universiti Malaya 2001. Ekspo ini akan berlangsung ditempat-tempat strategik sekitar Universiti Malaya seperti Kompleks Perdana Siswa, Bangunan Bakti Siswa, Panggung Eksperimen, Dewan Tuanku Canseleri, Padang Varsiti, Kompleks Pusat Sukan dan fakulti-fakulti berhampiran.

Projek tahunan bagi meraikan graduan baru ini tidak sahaja terhad kepada aktiviti gerai tetapi pelbagai aktiviti menarik yang bermanfaat dirangka bagi memeriahkan lagi EKSKUM 2001. Setiap aktiviti yang dirangkakan ini mempunyai identiti dan matlamatnya yang tersendiri selari dengan konsep mahasiswa itu sendiri. Antara skop aktiviti yang dirangka adalah meliputi aktiviti ilmiah, aktiviti kemasyarakatan, pameran, pertunjukan, konsert, sukan, kebudayaan dan kesenian.

Ekspo Konvokesyen Universiti Malaya yang diadakan akan melibatkan pelbagai pihak iaitu mahasiswa, kakitangan universiti dan masyarakat umum tanpa mengira batasan umur dan bangsa. Diharapkan pelbagai pihak akan menyertai dan bekerjasama di dalam menjayakan projek yang diwahanakan oleh mahasiswa untuk kepentingan bersama.

.

.
 

 

h

Copyright 2001 by EKSKUM™. All rights reserved.
Sekretariat EKSKUM, MP 7, Aras Bawah Perdana E, Kompleks Perdana Siswa,
Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur. No. tel: 03-79673579/80 faks: 79677595. ekskum2001@hotmail.com